Tasik Kenyir syurga kaki pancing ~ King Young Hunters

Saturday, September 8, 2012

Tasik Kenyir syurga kaki pancing

Indah mata memandang, indah jugak penghuni yang ada. Kalau korang nak tau ikan2 kat Tasik Kenyir memang mencabar dan ganas diluar batas pemikiran kita. SUNGAI TERENGGANU MATI = SUNGAI LATA TERAP = SUNGAI BATU....LOKASI TERBAIK MENGEWANG SEBARAU, BOTTOM BAUNG, BELIDA , TOMAN & SEBARAU JUGA....


sungai petuang lubuk kelah bara

bagi yang ingin bercuti sajaha, banyak lagi tempat yang indah dan mendaikan jiwa raga. Pengkala Gawi tempat penginapan yang mempunyai pemandangan yang terrr baikkkk dan menyediakan perkhidmatan melengcong tahap dewa~huhuhu..


Banyak juga Santuari kelah dan tempat2 bagi mendapatkan anak ikan kelah untuk dijual...Santuari kelah di Sungai Petang terletak kira-kira 21 KM dari Pangkalan Gawi ( pintu masuk utama Tasik Kenyir ). Kalau naik bot laju perjalanan lebih kurang 40minit dan lebih kurang 16KM dari Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud (Jenagor). Sekiranya berpeluang ke pusat ini pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah di sungai yang jernih airnya dan boleh dilihat malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan-ikan Kelah ini seolah-olah menanti pengunjung menghulurkan juadah kegemaran iaitu 'Pelet' ikan.


Tak sabar nak ke Tasik Kenyir Minggu depan...

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

shout box

bueh2 cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...